Wednesday, 28 November 2012

PhD di Jerman


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pos kali ini saya akan kongsikan tips, cara-cara, persiapan dan persediaan membuat Phd di Jerman. Teringat saya pada tahun 2007, seorang teman datang ke Australia untuk meninjau-ninjau Australia untuk membuat Phd...tetapi takdir menentukan beliau membuat Phd di negara lain..dan baru-baru ini beliau telah pulang dengan kejayaan. Alhamdulilah.

Seperti yang saya katakan dalam pos yang lalu, saya kini sedang menyambung pelajaran di Universitat des Saarlandes, di negeri Saarland di Germany. Sudah hampir dua bulan disini...Alhamdulilah semuanya ok..walaupun ada dugaan dan hal yang perlu ditangani dengan emosi positif. Bukan mudah ya untuk membuat keputusan memilih universiti, negara, penyelia dan bidang Phd anda. Semasa saya mula-mula sampai kesini ada juga rakan yang bertanya bagaimana ingin memohon menyambung pelajaran di Germany. Saya berpendapat, membuat Phd di Jerman adalah digalakkan kerana:

1) semua komunikasi adalah dalam bahasa Inggeris. Namun ada juga borang-borang yang perlu diisi dalam bahasa german. Tapi minta tolong pada PA supervisor anda atau rakan-rakan senior anda..InsyaAllah ada yang ingin membantu.

2) German adalah sebuah negara yang memberikan pendidikan secara percuma kepada rakyatnya dan kepada sesiapa sahaja. Oleh itu, kerajaan Malaysia amatlah menggalakan pelajarnya datang ke sini untuk melanjutkan pelajaran. Tiada yuran dikenakan kepada pelajarnya. Namun kos sebanyak EURO155 diperlukan dibayar kepada uni sebagai yuran pendaftaran semester untuk mendapatkan kad pelajar. Dan wang yuran ini boleh dituntut kepada pihak KPT Slab/Slai jika anda pemegang biasiswa KPT.

3) Kad pelajar yang anda dapat boleh digunakan untuk menaiki bas, tram dan train secara percuma. Tetapi ianya terbatas dalam negeri universiti anda itu sahaja...Jika ini ke luar negeri lain anda perlu membayar tambang dari perbatasan negeri tersebut. Anda boleh menggunakan kad tersebut tanpa batasannya. Jika terlupa membawa kad tersebut anda diwajibkan membayar tambang di dalam bas, ataupun dibeli terlebih dahulu di kaunter atau mesin tiket.

4)Fasiliti yang disediakan oleh kerajaan german untuk setiap uni adalah memang "superb". Saya amat kagum dengan fasiliti yang disediakan seperti kemudahan makmal, perpustakaan dan komputer. Anda juga boleh meminta khidmat PA supervisor anda untuk khidmat faks, scanner dan sebagainya.

5) Di German ini semua pelajar Phd dan supervisor adalah super "workaholic". Jadi sikap mereka ini boleh berjangkit pada anda. Disini pelajarnya akan berhenti rehat untuk makan tengahari sahaja.

6) Selain itu, di Jerman juga kebanyakkan pelajar dan penduduknya mengamalkan cara hidup sihat iaitu dengan selalu berjogging, dan memakan makanan sihat. Air putih adalah air yang 90% dikonsum oleh pelajar-pelajarnya. Dan menu yang disediakan oleh pihak Mensa/kantin ialah kurang garam dan kurang gula. Tetapi kadangkala kita harus mengambil gula sekali sekala seperti minum milo dan coklat...

7) Di universiti juga anda boleh mengakses banyak jurnal jurnal antarabangsa dengan senang.

Itu adalah diantara kelebihannya.

Sekarang kita lihat setp by step memohon peluang melanjutkan pelajaran ke Germany.

i)    tahu bidang anda contohnya: Biochemistry, Mechanical Engineering, atau Statistics.
ii)    pilih bidang anda..dengan cara "search" di setiap universiti di german.
iii)   pilih supervisor yang sesuai dan terbaik. Baca profil dan publication nya yang terbaharu.
iv)   emel supervisor tersebut dengan menyatakan secara lengkap dan dikepilkan/attach cv (yang tidak over), transkrip master, transkrip bachelor, dan IELTS.
v) tunggu reaksi tersebut daripada supervisor.
vi) jika respon positif, teruskan emel dan buat step yang disuruh oleh bakal sv anda...
  namun jika respon adalah negatif, jangan putus asa, teruskan mencari sv yang terbaik.
vii) dan jika dirasakan mendapat bakal sv yang terbaik, selalulah membuat solat istiharah..dan jika anda telah berkahwin, silalah berbincang dengan pasangan anda tentang keputusan anda untuk melanjutkan pelajaran ke Jerman. Bahkan jika anda masih solo, minta restu daripada ibubapa, semoga mereka menyokong usaha anda mahu ke Jerman. Jika ada pihak yang membantah....sila ke step (i) tetapi untuk negara lain ataupun dalam negara sahaja. Ketentuan Allah yang terbaik.

Kekurangan yang akan timbul jika anda di Jerman:
a) masalah bahasa, iaitu yang melibatkan masyarakat sekeliling..disarankan agar anda tahu sedikit mengenai bahasa ini....mungkin ini memudahkan anda...

b) masyarakat jerman adalah kurang peramah..tapi jangan ambil hati..biarkan mereka....

c) kemungkinan anda keseorangan dan kesunyian adalah perkara biasa...kerana masih kurang orang Malaysia yang tinggal atau belajar di negara Hitler...

d) Banyak prosedur dan rules and regulation yang perlu anda patuhi jika pertama kali datang kesini..terutamanya mengenai visa yang perlu di renew selepas 3 bulan anda disini...

Tetapi kesemuanya tidak akan menjadi masalah besar, sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang sabar...

Sebelum terlupa, anda boleh memohon biasiswa DAAD yang disediakan oleh kerajaan German untuk rakyat luar...http://www.daad.de/en/.

Selamat Berjaya.

Cheers,
Rosy Cheek

5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. as salam... blh tak ceritakan dgn detail mcm fees study tu mmg free ke ye saudara/i? ini email sy cuya244@gmail.com. sy berminat study dlm economic utk phd. skrg masih dlm MBA.

    ReplyDelete
  3. sis boleh email kan pada sy no hp sis.sbb sy berminat smbg phd di german. email sy nina_1732@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  4. Sis , budak lepasan SPM boleh tak mintak nk sambung dekat german ? Please email saya ifadiyyad22@gmail.com .

    ReplyDelete
  5. Hai Assalamualaikum. I just found your blogspot while searching for PHD programme at Germany. I was thinking to apply through DAAD scholarship. Tapi tak ramai malaysians yg take this opportunity. Boleh saya contact you untuk further information if you were applied through DAAD? Thank you. hernani.bidin@gmail.com

    ReplyDelete