Salam Perkenalan. Blog ini wujud untuk merakamkan segala perjalanan daripada segi fizikal, emosi saya menyusuri perjalanan menuju graduan bergelar Doktorate...semoga Allah merestuinya. Dan dengan restu keluarga, InsyaAllah ianya menjadi kenyataan. Semoga blog ini turut memberi manfaat kepada anda juga...
Alhamdulilah saya telah berjaya menjejakkan kaki ke peringkat PhD dengan IzinNya. Pada 9 Oktober 2012 jam 9.15 pagi buat pertama kali saya bertemu dengan supervisor saya iaitu Prof. V. Saya ditemani Nad iaitu seorang arab yang sudah hampir 10 tahun di Jerman dan fasih berbicara Deutch. Saya hanya berhubung dengan beliau dan PA nya Madam K melalui emel sahaja sebelum ini. Saya juga tidak pernah menghantar sebarang foto saya kepada beliau. Jadi itu adalah pertemuan pertama. Dan saya masih ingat my sv saya kata " You look so religous because you wear a hijab". Dan kami berbual sekejap secara casual untuk beliau mengenali latar belakang akademik saya dan kekurangan dan kelebihan saya...
Dan hari ini hampir dua bulan saya berada di bumi Jerman dan mengharungi banyak ujian. Semoga saya tabah. Sesungguhnya "
"..Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." (Al-Ankabut:2-3)
Semoga Allah menguji saya dengan apa yang saya mampu harungi dan meningkat iman dari hari ke sehari.
Cheers,
Rosy Cheek
datang seorang atau dengan keluarga?
ReplyDeleteada pelajar M'sia lain di sana (univ tu)