Thursday, 29 November 2012

Universitat Des Saarlandes, Saarland, Germany


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Di malam yang dingin dan syahdu ini, sambil melayan lagu-lagu kesukaan saya, akan mempromosikan universiti yang saya menuntut ilmu ini...Sebab kata orang tak kenal maka tak cinta...so apakata kita berkenalan dengan uni saya ni, mana tahu ada rezeki you all boleh datang sini menuntut ilmu, lawatan sambil belajar atau makan angin...

Universiti Des Saarlandes adalah sebuah universiti yang terletak di negeri Saarlandes, oleh itu namanya diambil sempena nama negeri ini....Pertama kali saya menjejakkan kaki kesini, wow besarnya uni ini....berbanding La Trobe University, Melbourne uni masa saya wat Master dulu...dan uni terletak dalam 15 minit dari bandar Saarbrucken. Ianya terletak di kawasan tepi bukit dan dikelilingi hutan dan pokok-pokok yang menyamankan...saya sampai sini masa autumn, jadi daun kekuningan..menarik pemandangannya.

Sistem bernombor
Disini semua bangunan mempunyai nombor sebagai pengenalan dan memudahkan mencari tempat agar tidak sesat serta mudah untuk memberitahu dimana kita berada dengan menyatakan nombor sahaja...Malah bilik-biliknya juga ada nombor..sistematik kan...Begitu juga dengan fakulti..setiap fakulti punya nombor sendiri..seperti saya, saya mendaftar di fakulti biologi..iaitu fakulti 8.

Kenderaan Awam
Oh ya, setelah mendaftarkan diri sebagai pelajar, saya diberikan kad pelajar. Kad pelajar kenalah jaga bak pasport sebab ianya boleh digunakan untuk menaiki kenderaan awam seperti bas, tram dan train...free of charge..tapi hanyalah dalam negeri Saarlandes ini sahaja...so boleh sesuka hati naik public transport dan mesti kena tunjuk card sebelum naik public transport pada driver bus or tram..if train ada pemeriksa yang naik and check...if takder kene fine 40 Euro...banyak tuhhh...Kenderaan awam disini teramatlah banyak dan tepat masanya..adalah tersasar 2-3 minit..tapi jarang....Busnya plak panjang seakan 2 buah bas yang disambungkan ditengah...cap pulak cap Mercedes Benz...so hari-hari saya naik Mercedes Benz...huhuuhuhu

Mensa
Kad ini juga boleh digunakan untuk membeli makanan di Mensa...iaitu sebuah kafe besar untuk semua orang seprti staff, pelajar dan orang luar..tetapi harga berbeza untuk pelajar, staff dan tetamu (orang luar)...kiranya ada subsidi untuk pelajar...bermula dari 50 cent hingga 5 euro...tak mahal...dan portion nya amatlah besar....tak habis maa...Disini air putih adalah minuman utama dan free ...boleh ambil 2 gelas seorang sahaja..kena beratur untuk mengambil makanan dan minuman...dan boleh duduk dimana sahaja anda suka...so tak kira staff, tetamu atau pelajar..semua sama tiada keistimewaan tempat duduk makan...dan kat sini laki ke perempuan sama coz tiada pakaian khas seperti baju melayu ataupun baju kurung mahupun kemeja...semuanya berseluar jeans...berjaket...Disini ada lebih 10 kaunter yang menyediakan makanan/menu berbeza setiap hari. Ada kaunter khas untuk vegetarian..untuk vegetarian adalah menyenangkan anda untuk berada di uni ini kerana mensa menyajikan makanan enak dan murah...

Perpustakaan dan bangunan di Uni
Perpustakaan disini amatlah superbbb...MasyaAllah teruja saya melihat perpustakaan (Bibliotek) yang terdapat di fakulti saya ini...rekaannya moden dan dilengkapi buku-buku yang tersusun rapi serta disediakan ruang perbincangan, ruang senyap untuk menelaah pelajaran...semua dinding utama adalah cermin..jadi anda boleh melihat hutan dan pokok-pokok melalui tingkap...Disini juga disediakan kaffee und tee frei...free teh dan kopi...
Teruja tengok orang german belajar..rajin dan tekun..terasa malu lah plak..saya ni yang asyik main2...
Dan boleh dikatakan hampir 70% bangunan disini adalah bercermin..dan boleh dilihat terus dari luar..so takder yang nak wat tak senonoh yer...even kat jalanraya dah boleh tengok orang dalam bangunan,....dan lebih selamat terutamanya untuk yang terpaksa stay up kat lab or ofis..so orang boleh tengok dari luar kan...

Oklah cukup setakat ini dulu...

Cheers,
Rosy

1 comment:

  1. assalamualaikum
    cik rosy ann, boleh sy nak emel cik utk beberapa pertanyaan berkaitan sambung belajar di jerman..saya sekarang dalam perancangan utk menyambung master di jerman..
    terima kasih

    ReplyDelete