Sunday, 22 September 2013

Apa pendapat orang lain tentang German

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya amat merasakan ramai yang meletakkan Jerman pilihan terakhir atau tiada dalam pilihan untuk mereka menyambung pengajian di peringkat phd...Negera yang "speaking English Country" macam UK, USA, Australia, New Zealand...adalah disenarai teratas..mungkin ramai yang takut menduga di air dalam...hehhheeh..perumpamaan betul ke tak tu? hehehhehe

Oklah untuk menyakinkan semua,  mari dengar cerita ini....terima kasih Blog serikandiku.com....saya suka membaca blog ni..

Baru2 ini saya berkesempatan mengikuti satu conference tentang mata di Berlin, Germany. Saya yg sebelum ini sebagai seorang engineer, amat suka dgn rekaan dan technology orang2 German, yg pada mata saya amat perfect, every little thing tak being overlooked, baik dari segi architecture sampailah ke kereta, mesin2 dan sebagainya. So, saya berpeluang melawat negara mereka dan belajar bagaimana cara kerja mereka. Saya nak tengok apa culture dalam masyarakat diorang yg membuatkan mereka sangat kuat dari segi ekonomi sehingga boleh menampung 2 lagi ekonomi negara lain (Spain dan Greece).

Sikap adalah sangat penting dalam membentuk socio-ekonomi dan budaya sesebuah negara. Orang2 German secara pukul ratanya mempunyai culture perfectionist. Mereka bangun tidur dan bekerja seawall pagi. Dalam satu kajian yg dibuat, pada masa zaman ekonomi dunia jatuh, daripada membiarkan ramai orang di buang kerja, orang german lebih suka memotong jumlah jam mereka bekerja (hence potong gaji) so that lebih ramai kawan2 mereka yg lain boleh mempunyai kerja. Dalam kata lain, kerja 1 orang dibuat oleh 2 orang secara part time. So diorang semua win2 situation, kawan tak kena buang kerja, dan diorang boleh ada lebih byk time off dgn family. Mereka suka ambil cuti dan holiday untuk member nafas baru dalam pekerjaan dan hidup mereka. Kajian juga menunjukkan dalam senarai negara2 Eropah, yg German menduduki tempat terbawah dalam jumlah jam bekerja seminggu, tetapi menduduki tempat teratas dalam kekuatan ekonomi. Dan inilah antara benda2 yg sangat popular dgn German yg selalu dipanggil orang sebagai German Efficiency. Ini terbalik dgn Greek yg mana mereka menduduki tempat teratas dalam jumlah jam bekerja (long hours) tapi ekonomi mereka terbawah di Europe.

Orang German sukakan structure dan order. Dalam perbualan seharian mereka, ada satu ayat yg cukup selalu keluar yakni, der rote Faden (the red thread), yakni plan rancangan. Mereka adalah ahli dalam mengatur hidup mereka. Mereka akan atur jadual hidup tiap2 hari sampai ke minit ke berapa akan buat apa dan mereka akan stick to it. Saya boleh nampak juga benda ni masa kat jalan. Masa nak melintas jalan, saya dan geng2 matsaleh (British) saya akan melintas sekiranya tiada kereta tapi lambang melintas masih merah. Orang German akan still tak melintas dan menunggu sampai lampu utk pelintas jadi hijau walaupun takder kereta. Dan ini adalah pemandangan yg saya nampak berkali2 sepanjang saya di sana. Mereka suka plan dan aturan sebab ianya mendatangkan sense of security kepada mereka. Dalam rancangan Grand Designs yg saya suka tonton, mereka menceritakan bagaiman rumah2 prefabricated house (pasang siap) yg di buat di German, tentang plan mereka yg sangat lengkap, sehinggakan lubang skru akan masuk mana, berapa skru akan pakai, jenis skru semuakan ada tertulis even b4 bangunan tersebut akan dibuat. Tengoklah kereta2 mereka, Mercedes, Audi, BMW, VW, antaranya, benda kecik dalam kereta yg kita tak terfikir pun ada dan sebab tu saya suka kereta2 German. Baru2 ni, saya ada beli mesin jahit yg German design, dan saya merasa sgt smitten dgn designnya.. eh.. dah melalut ke situ pulak saya.. nanti lengkali cerita bab mesin jahit eh?

Anyway, pasal kerja dan plan. Diorang suka, by habis time kerja (abis opis time contohnya) takde pekerja yg akan stay dan you are expected to go home with the family. Sebab, kalau anda kena stay back, ianya bermakna yg anda tidak pandai merancang kerja. Cuba compare dgn Msia. Berapa byk time anda ada dgn anak2? Mereka juga ambil kerja mereka seriously, kalau ada clash benda personal dgn kerja, mereka akan dahulukan kerja. Dulu saya ada cerita tentang saya kena design alat yg akan digunakan dalam surgery dan bekerjasama dgn beberapa orang consultants? Meraka adalah consultants dari German, amat specific dan garang! Hehe seram beb.

Saya tulis ni, bukan nak suruh kita jadi orang German. Tapi, seperti yg saya selalu katakan dahulu, kalau saya melawat mana2 negara, saya suka belajar dari mereka.. belajar benda yg positif. Hikmah yg hilang itu adalah milik Islam, di mana2 sahaja kita menemuinya kita kutip kembali. Saya pernah cerita zaman awal2 blog ni tentang mat saleh yg amat punctual dan amat menepati janji. Bebenda ni datang dari Islam.


Menarik bukan???atau still tidak menyakinkan..nanti saya upload lagi apa kata orang lain tentang german...
Oklah ni gambar untuk tambahkan lagi rasa keinginan untuk datang belajar di sini...bukan sahaja untuk phd..malah untuk Bachelor pon boleh tersuka sekali ek pas tengok gambar ni..



Saarbrueken in Summer


Regards,Rosy

Tuesday, 17 September 2013

Buku untuk dibaca : How to write a thesis by Rowena Murray

Assalamualaikum and salam sejahtera,
Last night I found one ebook from the internet for free called How to write a thesis by Rowena Murray. This book also available at amazon. Some people like to read the real book rather than ebook...yes...me too..but for Android or smartphone user it is better to read an ebook...while waiting for bus, waiting the spouse shopping and etc..

This book is very nice..i didnt finish reading it yet..but many people recommended this book. So grab yours now.



Cheers,
Rosy

Wednesday, 11 September 2013

Books to Read for PhD students

Assalamualaikum and Hi,

After a long time abandoned my blog, today i will share the books we can read before embark on Phd journey or during our Phd journey or after graduated.
Thus this is the books:

1. How to get a Phd.
Review: Nice and really good book. 4 stars

You can buy from Amazon or download for free from the website...

 2.
Review: Good book 4 stars...





Happy Reading....Reading can make you knowledgeable...

Cheers,
Rosy

Thursday, 10 January 2013

Lagu pemangkin ke luar Negara


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Semasa kecil iaitu di sekolah rendah saya suka melihat ruangan salam perantau di surat khabar utusan Malaysia setiap kali tiba ramadhan…kerana saya memasang keinginan untuk ke luar Negara..ingin merasai pengalaman naik kapal terbang dan bermain salji serta merasai empat musim…dan lebih menguatkan semangat ialah keluarnya drama drama hebat tahun 1990-an seperti Cinta antara benua, Cinderella (lakonan Ahmad Idham dan banyak lagi, jadi setiap petang tidak pernah miss tengok drama-drama tersebut. Dan lagu yang menjadi soundtrack seperti “Kasih kita oleh Amy Mastura”, “Sehati sejiwa-Haslinda”, “Cinta antara benua –Arni Nazira”…semakin melonjakkan semangat tersebut. Kerana saya orang kampung yang hidup sederhana nak ke Kuala Lumpur sudah susah…mahu ke Bandar K.Bharu pun jarang..itupun naik bas tunggu berjam-jam atau masa hari raya melawat nenek saya di PCB….So kena pi K.B dulu baru sampai PCB…Jadi dah pasang angan-angan nak ke oversea..kenalah belajar rajin-rajinkan…dengan izin Allah saya berjaya…saya bukan diantara yang cemerlang tapi pelajar yang terbaik..tapi masih belum cemerlang atau paling terbaik..so masa UPSR 1995 saya mendapat 4A semua A…kerana waktu tersebut hanya 4A..saya kecewa sebab tidak terpilih ke SBP mahupun MRSM…Tak apa mungkin saya masih muda untuk ke asrama…jadi saya bersekolah di sekolah kampung sebelah..naik basikal 30minit…berkayuh basikal hujan atau panas bersama teman rapat saya iaitu siti dan kadang-kadang suhana…
Masa PMR saya mendapat 7A, 1B, saya masih ingat saya mengambil keputusan PMR menaiki kereta satria abang saya mengharungi banjir…sebab kampung saya selalu banjir di bulan Disember. Saya mendapat B untuk subjek sejarah…saya tidak kecewa kerana mesti ada hikmahnya. Dan saya diberikan peluang oleh Allah untuk melanjutkan pelajaran ke MRSM Kota Putra iaitu di daerah Besut….tak jauh dari rumah iaitu negeri berjiran. Selain itu sepupu dan jiran saya juga mendapat sekolah yang sama…Jadi kami bertiga konvoi beramai-ramai ke MRSM untuk mendaftar diri iaitu pada Februari 1999. Kami bertiga dikelas berbeza iaitu sepupu kelas A, jiran Kelas B, dan saya kelas C. Semasa di MRSM sistemnya adalah menranking pelajar mengikut CGPA…dan saya memang teruk subjek Matematik Tambahan..mengapa ek? Saya jarang score…jadi CGPA saya tidaklah memberangsangkan..tetapi subjek sejarah saya tidak pernah dapat kurang daripada 90..terima kasih Cikgu Zaida…Dan guru kaunseling menjemput semua pelajar yang cemerlang untuk menghantar permohonan kepada MARA melalui keputusan percubaan SPM untuk mengikuti pelajaran ke luar Negara..dan mestilah saya tidak terpilih…sungguh kecewa seperti peluang telah tertutup…tapi kuasa Allah saya diberikan biasiswa melanjutkan pelajaran ke Melbourne dan sekarang di German..Terima kasih Allah dan kerajaan Malaysia…… Saya mendapat biasiswa sejak tingkatan satu sampai sekarang…dan masih ingat betapa saya bersyukur mendapat biasiswa Yakin bernilai RM25 sebulan selama 3 tahun…banyak yang boleh dibeli dengan RM25 ketika itu…kepada pembaca yang bergelar pelajar jangan kecewa kerana peluang sentiasa terbuka kepada yang bangun dari kegagalan..semoga saya akan terus bangun dan bangkit menghadapi Phd ini…Dan untuk pengetahuan anda sepupu dan jiran saya bertemu jodoh rakan sekelas mereka di MRSM…saya???Hanya Allah yang tahu…



Cheers,
Rosy Ann