Thursday, 10 January 2013

Lagu pemangkin ke luar Negara


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Semasa kecil iaitu di sekolah rendah saya suka melihat ruangan salam perantau di surat khabar utusan Malaysia setiap kali tiba ramadhan…kerana saya memasang keinginan untuk ke luar Negara..ingin merasai pengalaman naik kapal terbang dan bermain salji serta merasai empat musim…dan lebih menguatkan semangat ialah keluarnya drama drama hebat tahun 1990-an seperti Cinta antara benua, Cinderella (lakonan Ahmad Idham dan banyak lagi, jadi setiap petang tidak pernah miss tengok drama-drama tersebut. Dan lagu yang menjadi soundtrack seperti “Kasih kita oleh Amy Mastura”, “Sehati sejiwa-Haslinda”, “Cinta antara benua –Arni Nazira”…semakin melonjakkan semangat tersebut. Kerana saya orang kampung yang hidup sederhana nak ke Kuala Lumpur sudah susah…mahu ke Bandar K.Bharu pun jarang..itupun naik bas tunggu berjam-jam atau masa hari raya melawat nenek saya di PCB….So kena pi K.B dulu baru sampai PCB…Jadi dah pasang angan-angan nak ke oversea..kenalah belajar rajin-rajinkan…dengan izin Allah saya berjaya…saya bukan diantara yang cemerlang tapi pelajar yang terbaik..tapi masih belum cemerlang atau paling terbaik..so masa UPSR 1995 saya mendapat 4A semua A…kerana waktu tersebut hanya 4A..saya kecewa sebab tidak terpilih ke SBP mahupun MRSM…Tak apa mungkin saya masih muda untuk ke asrama…jadi saya bersekolah di sekolah kampung sebelah..naik basikal 30minit…berkayuh basikal hujan atau panas bersama teman rapat saya iaitu siti dan kadang-kadang suhana…
Masa PMR saya mendapat 7A, 1B, saya masih ingat saya mengambil keputusan PMR menaiki kereta satria abang saya mengharungi banjir…sebab kampung saya selalu banjir di bulan Disember. Saya mendapat B untuk subjek sejarah…saya tidak kecewa kerana mesti ada hikmahnya. Dan saya diberikan peluang oleh Allah untuk melanjutkan pelajaran ke MRSM Kota Putra iaitu di daerah Besut….tak jauh dari rumah iaitu negeri berjiran. Selain itu sepupu dan jiran saya juga mendapat sekolah yang sama…Jadi kami bertiga konvoi beramai-ramai ke MRSM untuk mendaftar diri iaitu pada Februari 1999. Kami bertiga dikelas berbeza iaitu sepupu kelas A, jiran Kelas B, dan saya kelas C. Semasa di MRSM sistemnya adalah menranking pelajar mengikut CGPA…dan saya memang teruk subjek Matematik Tambahan..mengapa ek? Saya jarang score…jadi CGPA saya tidaklah memberangsangkan..tetapi subjek sejarah saya tidak pernah dapat kurang daripada 90..terima kasih Cikgu Zaida…Dan guru kaunseling menjemput semua pelajar yang cemerlang untuk menghantar permohonan kepada MARA melalui keputusan percubaan SPM untuk mengikuti pelajaran ke luar Negara..dan mestilah saya tidak terpilih…sungguh kecewa seperti peluang telah tertutup…tapi kuasa Allah saya diberikan biasiswa melanjutkan pelajaran ke Melbourne dan sekarang di German..Terima kasih Allah dan kerajaan Malaysia…… Saya mendapat biasiswa sejak tingkatan satu sampai sekarang…dan masih ingat betapa saya bersyukur mendapat biasiswa Yakin bernilai RM25 sebulan selama 3 tahun…banyak yang boleh dibeli dengan RM25 ketika itu…kepada pembaca yang bergelar pelajar jangan kecewa kerana peluang sentiasa terbuka kepada yang bangun dari kegagalan..semoga saya akan terus bangun dan bangkit menghadapi Phd ini…Dan untuk pengetahuan anda sepupu dan jiran saya bertemu jodoh rakan sekelas mereka di MRSM…saya???Hanya Allah yang tahu…



Cheers,
Rosy Ann